I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 12, 2011

SENARAI PENGETUA SEMTASI

  1. EN. RASKAN ASING
  2. EN.MATLIN JADI 
  3. EN.MANSUR DAUD 
  4. EN.DERAMAN SALLUN
  5. TUAN.HJI.ZAKARIA SAID
  6. EN.AWANG TUSIN.OSMAN
  7. EN.AMIN SENIN
  8. EN.ABDUL HAKIM KASSIM 
  9. EN.JAME@MAIKAL ALIP
  10. EN.MUHAMMAD YEW ABDULLAH
  11. EN.UMIN HAJI SADI

VISI DAN MISI SEMTASI 2011

Wednesday, June 8, 2011

SEMTASI

ENCIK INJAN BIN MALUL (Pemangku Pengetua Semtasi 2011)

LAGU SEKOLAH SEMTASI

SMK TAUN GUSI..
TEGAK MEGAH BERDIRI....
PELAJARNYA BERPEKERTI HIDUP PENUH HARMONI..
PELAJAR BERBILANG BANGSA DARI KOTA DAN DESA...
RAJIN TEKUN BERUSAHA UNTUK MAJU DAN JAYA.


MARILAH KAWAN SEMUA..
TEGAKKAN AZAM DAN CITA-CITA..
TUNTUT ILMU JANGAN JEMU AGAR TIDAK KECEWA..
INGATLAH KAWAN SEMUA ILMU,TERAS,NEGARA,
ITULAH COGAN KATA PANDUAN KITA BERSAMA..

Mantan Pengetua Semtasi 2011 .. Umin bin Haji Sadi -kanan-

Uniknya Lencana Semtasi

Bilik ICT

Taman-taman di Semtasi







Lencana Sekolah




Lencana sekolah yang pertama direka pada tahun 1973. Lencana sekolah yang ada sekarang telah diubahsuai pada tahun 1989 selaras dengan dasar dan pembaharuan yang dapat menggambarkan imej baru sekolah. Lencana ini telah direka oleh seorang guru yang bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jumaan Abu Bakar.

Lencana ini melambangkan satu harapan agar mewujudkan generasi para pelajar yang lengkap dengan ilmu pengetahuan. ILMU TERAS NEGARA adalah motto yang menjadi pegangan warga sekolah ini.

Tangkai padi yang terdapat pada lencana ini melambangkan semangat yang ada pada kami di SEMTASI. Juga melambangkan resmi padi " semakin berisi semakin tunduk" menjadi teladan kami. Padi juga menggambarkan kami wujud dalam masyarakat petani.

Gear, menggambarkan Sains dan Teknologi adalah impian dan cita-cita kami.

Buku , menggambarkan ilmu pengetahuan sebagai sumber kecemerlangan hidup.

Obor, menggambarkan penyuluh pada segala kegelapan demi menguatkan semangat dalam menegakkan cita-cita.

Empat gulung rotan pula menggambarkan kesukanan dan perpaduan yang bercantum.

Falsafah Sekolah

SEK. MEN. KEB. TAUN GUSI

Bahawasanya, pelajar memiliki potensi diri untuk maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pelajar diberi peluang seluas-luasnya untuk penerapan budaya celik pengetahuan dan kemahiran. Dengan itu, kami pendidik sekolah SEMTASI berupaya mendidik dan membimbing dengan mengimbangi pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi untuk mencungkil dan mengembangkan potensi setiap diri pelajar dalam menyahut cabaran dalam abad ke 21.

Sejarah Sekolah


LATAR BELAKANG SEJARAH



Pada tahun 1968, sekolah Menengah Taun Gusi telah memulakan persekolahannya dengan meminjam bangunan sekolah Kebangsaan Taun Gusi. Pada waktu itu, sekolah ini lebih dikenali sebagai Government Junior Secondary School. Bilangan penuntut seramai 44 orang dan 2 orang guru. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1969, bilangan penuntut telah bertambah kepada 160 orang dan tenaga pelajarnya telah bertambah seramai.6 orang. Pada tahun 1973, Bahasa Malaysia telah menggantikan Bahasa Inggeris. Tahun 1975, merupakan tahun yang pertama bagi pelajar-pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan SRP.

Pelajar yang belajar di sekolah ini datangnya dari kampung-kampung yang berhampiran. Bangunan sekolah yang tersergam indah sekarang siap pembinaannya pada tahun 1983. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 5 hektar di kawasan Kg. Taun Gusi dan berhampiran jalan raya utama ke Kudat. Sekolah ini mendapat namanya bersempena dengan nama Kg. Taun Gusi. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 1983 dan telah dirasmikan pada 15 April 1985 oleh YAB. Datuk Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian pada ketika itu.

Terdapat 3 blok bangunan 3 tingkat telah disediakan untuk tempat belajar dan pentadbiran. Bangunan ini mengandungi 33 bilik bilik darjah, 6 bilik Makmal Sains, blok Kemahiran Hidup, bilik Pusat Seni, Bilik Teknologi Pendidikan (komputer ), bilik masakan, bilik kaunseling, pusat sumber, pejabat sekolah termasuk bilik pengetua dan guru kanan serta bilik-bilik khas. Turut juga dibina 3 blok bangunan bangunan 3 tingkat sebagai asrama yang boleh menampung antara 300-350 orang pelajar (lelaki dan perempuan ). Disediakan juga sebuah dewan makan untuk penuntut asrama. Selain dari itu, 3 blok bangunan 4 tingkat didirikan untuk penginapan guru-guru di samping sebuah rumah pengetua. Bagi kakitangan bukan mengajar, telah disediakan satu blok bangunan untuk penginapan mereka.

Pada masa sekarang, SMK Taun Gusi terus berkembang dan telah mencipta sejarah apabila membuka kelas Tingkatan 6 pada tahun 1997. Kemudahan sekolah ini terus diperbanyakkan termasuk kemudahan bersukan dan berpersatuan serta peralatan sama ada dalam bidang Kurikulum atau Kokurikulum. Malah satu blok bangunan telah dibina pada tahun 1998 sebagai menampung pertambahan pelajar yang semakin ramai. Prasarana yang lengkap akan menjamin pelajar SEMTASI mendapat kemudahan dan keselesaan yang sepenuhnya.

SMK Taun Gusi atau nama jolokannya SEMTASI memang mempunyai keistimewaan dan keunikannya berbanding sekolah-sekolah lain di daerah ini. Ini disebabkan SEMTASI mempunyai cawangannya demi menampung jumlah pelajar sekolah menengah yang kian bertambah.

Bulan Disember 1995 merupakan tarikh sejarah permulaan perwujudan cawangan sekolah ini dan dikenali sebagai SMK Taun Gusi Cawangan Tambulion. Cawangan ini diwujudkan di kg. Tambulion, 9 km dari Pekan Kota Belud dan 12 km dari sekolah induknya.

Pada awal penubuhannya, hanya seramai tiga orang guru sahaja yang mengajar di cawangan ini termasuk penyelianya. Dua bulan selepas itu jumlahnya bertambah menjadi 9 orang manakala jumlah pelajarnya seramai 150 orang pelajar tingkatan 1 dan mempunyai 5 buah bilik darjah.

Pada tahun 1997, jumlah pelajarnya bertambah menjadi 270 orang dengan 17 orang guru. Pada tahun 1998 pula jumlah pelajarnya meningkat kepada 349 orang dan 21 orang guru. Jumlah bilik darjah ialah 11 buah.

Oleh kerana cawangan ini belum mempunyai bangunannya sendiri maka terpaksalah menumpang di bangunan SK Tambulion dan mengamalkan sistem persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi bagi tingkatan 3 dan sesi petang bagi tingkatan 1 dan 2.

Pada tahun 1999, cawangan ini akhirnya telah dipisahkan dari induknya dan mempunyai pengetuanya sendiri.

Kedudukan anda