I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 8, 2011

Lencana Sekolah




Lencana sekolah yang pertama direka pada tahun 1973. Lencana sekolah yang ada sekarang telah diubahsuai pada tahun 1989 selaras dengan dasar dan pembaharuan yang dapat menggambarkan imej baru sekolah. Lencana ini telah direka oleh seorang guru yang bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jumaan Abu Bakar.

Lencana ini melambangkan satu harapan agar mewujudkan generasi para pelajar yang lengkap dengan ilmu pengetahuan. ILMU TERAS NEGARA adalah motto yang menjadi pegangan warga sekolah ini.

Tangkai padi yang terdapat pada lencana ini melambangkan semangat yang ada pada kami di SEMTASI. Juga melambangkan resmi padi " semakin berisi semakin tunduk" menjadi teladan kami. Padi juga menggambarkan kami wujud dalam masyarakat petani.

Gear, menggambarkan Sains dan Teknologi adalah impian dan cita-cita kami.

Buku , menggambarkan ilmu pengetahuan sebagai sumber kecemerlangan hidup.

Obor, menggambarkan penyuluh pada segala kegelapan demi menguatkan semangat dalam menegakkan cita-cita.

Empat gulung rotan pula menggambarkan kesukanan dan perpaduan yang bercantum.

No comments:

Post a Comment